KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang tindakan bersepadu melalui pemantauan dan peningkatan intensiti penguatkuasaan ‘roadworthiness’ atau layak untuk dipandu di jalan raya bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.